ANTARA AKU,DIA DAN ALLAH

Assalamualaikum ^_^…Sekian lama tanpa update perkembangan semasa, kini aku kembali berkongsi kisah hidup aku yang boleh kalian jadikan pengajaran.InsyAllah.Alhamdulillah kini aku sudah mempunyai karier.Terlalu banyak suka dan duka sebelum aku bekerjaya seperti harini.Satu hal yang aku yakin iaitu rezeki Allah itu Maha luas.Dan sepanjang tempoh aku menganggur Allah telah pilih aku untuk berbakti pada kedua ibubapaku.Terima kasih Allah.Tapi ‘entry’ kali ini aku nak cerita mengenai aku dan dia.Aku bukanlah seorang perempuan yang jenis berbalas mesej dengan lelaki tanpa keperluan.Sebabnya aku tahu walaupun aku tidak pernah bercinta atau ‘couple’ tapi hati ni satu benda yang sukar untuk dijaga.Tapi aku manusia biasa.Tak lari dari khilaf.Ada seorang kawan aku ni sedang berjinak jinak mesej dengan aku.Katanya ingin meminta pendapat dalam hal ehwal agama.Dan aku pula sering berbalas mesej bagi menjawab setiap pertanyaannya sehingga aku lupa dengan prinsip yang aku pegang.Kami berkongsi cerita nabi,bagaimanana hendak istiqamah dalam beribadah dan kami saling mengingatkan antara satu sama lain.Terkadang kami bercerita mengenai jodoh dan  bagaimana agaknya jodoh kami.Selain itu,macam macam lagi la yang boleh membuatkan ketawa sendiri dengan jenaka spontan.Segalanya cukup buat diri ini terlupa dengan prinsip tidak berurusan dengan lelaki tanpa keperluan.Aku pernah bertanya padanya jangan mesej sekiranya dalam hatinya ada tersuka aku kerana aku tidak mahu jadi fitnah baginya.Dia menidakkan dengan mengatakan kami adalah kawan.Aku lega mendengarnya.Masa berganti bulan dan hari kami masih lagi berkongsi masalah dan cerita hingga handphone sentiasa ditangan,tidur hingga 3 pagi sambil berbalas mesej kerana aku kerja shift.Setiap perbualan adalah mengenai cerita cerita dakwah,cerita nabi dan berbagai lagi.Kami umpama dalam dunia sendiri.Tapi,aku rasa sesuatu yang tidak benar.Aku yakin Allah telah sentuh hati aku.Allah ingin ingatkan aku.Tiada urusan dakwah antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim apa jua alasannya.Aku bertaubat tidak akan mengulangi lagi.Memang niat aku untuk berdakwah padanya,tapi matlamat tidak menghalalkan cara.Harini dia mesej aku bertanya dimana aku meghilang.Dan aku perlu berterus terang.Aku berkata padanya tiada urusan dakwah antara lelaki dan perempuan.Sekirannya engkau ada masalah hal agama rujuklah pada kawan lelaki yang faham agama kerana itu lebih utama untuk bertanya.Bukan pada aku kaum hawa.Aku berkata tidak mahu jadi fitnah baginya dan sejujurnya aku memang tiada perasaan padanya.Tapi aku takut ALLAH akan murka padaku.Aku berpesan padanya tolong jangan mesej aku lagi dan jagalah ikhtilat.Itu lebih utama.Walaupun kita tiada perasaan tapi tetap salah disisi Tuhan.Beliau akur dan meminta aku halakan segala ilmu yang dikongsi selama ini.Aku ingin menjadi muslimah yang benar benar menjaga.Ya Allah,tolong jangan sibukkan aku dengan lelaki yang tidak halal bagiku.Jika aku jatuh cinta biarlah orang itu mencintaiku keranaMu.Moga kalian yang membaca dapat iktibar dari kisah aku.Jaga hati,jaga ikhtilat.Mari kita sama sama jadi insan baik dan yang benar benar bertaqwa kepada Allah.InsyAllah,ameen.

Yakin pada yang MAHA SATU

Assalamualaikum & ayuh selawat keatas baginda Nabi Muhammad s.a.w..Alhamdulillah masih lg diberi peluang bernafas hingga hari ini.Masih lagi diberi kemampuan dan idea untuk menulis setelah sekian lama sibuk dengan hal yang pelbagai.Alhamdulillah wa syukurlillah.Perancangan aku ingin bekerja selepas tamat pengajian.Kini,bermulalah episod sebagai seorang pencari kerja yang tegar.Hehe.Tak lama selepas itu,alhamdulillah ada seorang kawan memberitahu ade kekosongan kerja di sebuah company ni yang sememangnya impianku untuk menjadi separuh dari staff company tersebut.Aku pun tanpa membuang masa mula memohon dan tidak lama selepas itu dipanggil untuk interview di company tersebut.Tanpa ku duga aku berjaya dalam interview tersebut.Tetapi keperluan mendadak dari company ini yang menginginkan aku bekerja serta merta tidak dapat aku terima.Dengan aku yang terlalu ingin bekerja untuk berbakti pada keluarga,tetapi dalam masa yang sama aku mengalami masalah yang pelbagai (kewangan,kesihatan ibu yang terganggu) mendorong aku terpaksa menolak peluang ini.Sukar untuk aku dalam membuat keputusan.Bertanya pendapat kawan.Berdoa & berdoa.Bukan aku menidakkan peluang yang terhidang,tetapi terlalu banyak halangan yang tak mampu aku ungkapkan disini.Aku pernah berdoa jika rezeki ini terbaik untukku maka mudahkanlah,jika rezeki ini bukan untukku maka persulitkanlah.Jadi,aku yakin ini petunjuk dari Allah untuk aku tidak menerima tawaran ini.Aku hanya merancang,tapi DIA yang menentukan.Belum tentu yang aku rasa baik untukku tapi baik buat DIA.Pasti ada sesuatu yang ingin ditunjukkan/dipeliharanya aku.Belum tiba masanya lagi.Aku yakin itu.Satu yang aku pasti rezeki itu datangnya dari ALLAH bukan manusia.Manusia hanya perantara.ALLAh yang menggerakkannya.Jadi berdoa dan berdoalah.Moga ALLAH sedang merencanakan yang terbaik untukku tika ini.ALLAH itu bersifat RAHIM.ALLAH itu maha MENGETAHUI.

Dimanakah Kita???

Assalamualaikum w.b.t,

Pertamanya, alhamdulillah kita telah masuk fasa ke 2 Ramadhan iaitu 10 malam yang penuh dengan pengampunan.Sebelumnya, 10 malam yang pertama iaitu kerahmatan telah kita lalui(moga Allah menerima amalan kita untuk 10 malam yang pertama).Dalam kita beribadah dibulan mulia ini kita sekali lagi dikejutkan dengan serangan besar besaran Yahudi laknatullah ke atas Palestin.Persoalannya, sejauh manakah kita dalam  mengambil tahu peperangan dan pembunuhan di Palestin ?Alhamdulillah jika anda masih lagi mengambil tahu dari asyik dengan Piala Dunia,Mentaliti rakyat Malaysia bermusim musim ambil tahu mengenai serangan di Bumi Palestin.Seharusnya kita perlu dan selalu ambil tahu mengenai serangan disana agar doa kita pada saudara di Palestin berhari hari bukan bermusim musim.Boikot pada barangan Yahudi pun perlu disetiap hari bukan bermusim musim.Inilah masalah rakyat Malaysia yang hanya ambil tahu bila keadaan betul betul genting hingga ‘news feed’ pada ‘facebook’ pun penuh tapi selepas beberapa hari isu Palestin hilang begitu juga solidariti yang ditunjukkan pada ‘profile picture’. Janganlah terlalu leka dengan keamanan dinegara kita kerana ianya juga pinjaman dari Allah.Ungkapkan kesyukuran pada-Nya bukan hanya melalui doa tapi juga perbuatan.

::Yang berkata kata ini tak semestinya  benar,sekadar pandangan dan perkongsian::

::Jadilah kamu hamba kepada Allah,bukan hamba kepada Ramadhan::

Wallahualam